INFAQ & WAKAF PEMBANGUNAN MASJID TAMAN PULAI EMAS - AR-RAUDHAH AS-SAKINAH

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

 

Surah At-Taubah 9:18

100000
Sasaran Kutipan
10000
Dana Terkumpul
100000
Masih Diperlukan

15 TAHUN MENANTI SEBUAH MASJID. KINI PENANTIAN BAKAL BERAKHIR

Gambar 3D Bangunan Masjid Yang Bakal Dibina

Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah ialah sebuah projek menaik taraf bangunan surau sedia ada, iaitu Surau Ar-Raudhah As-Sakinah yang telah didirikan sejak 8 Oktober 2006 (1 Ramadhan 1427 Hijrah).

Projek ini juga adalah proses penambah baikan fasa ke 5 kemudahan ruang solat surau Ar-Raudhah As-Sakinah, sekaligus fasa pertama pembinaan sebuah masjid di Taman Pulai Emas, Kangkar Pulai, Kulai, Johor. 

Pembinaan Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah telah diluluskan secara rasmi pada 1 Mei 2019 oleh Pejabat Kadi Daerah Kulai, dan mendapat kelulusan mengumpul dana dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Pembinaan masjid ini bakal membelanjakan sebanyak RM6 juta untuk menampung kapasiti seramai 2,000 jemaah.

Rancangan untuk menaik taraf surau Ar-Raudhah As-Sakinah ini tercetus setelah menyaksikan ruang solat dalam & terbuka sedia ada tidak dapat lagi menampung kapasiti jemaah yang semakin ramai di Taman Pulai Emas.

Penduduk Taman Pulai Emas dan sekitarnya kini telah semakin bertambah kepada lebih 8,000 orang, dimana 80% populasi adalah penduduk beragama Islam. Keluasan surau pula tidak memungkinkan untuk mereka melakukan solat fardhu Jumaat dan aktiviti kemasyarakatan seperti ceramah dan kelas Fardhu Ain. Pandemik COVID-19 pula semakin menyukarkan umat Islam untuk bersolat Fardhu Jumaat kerana kuota jemaah telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Pembinaan Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah ini bukan saja akan memberi sinar baharu dan keselesaan beribadah kepada penduduk majoriti Muslim Taman Pulai Emas, tetapi juga penduduk dari kawasan perumahan Bandar Pulai Jaya 1 & 2, serta penduduk Taman Pulai Perdana 2. Dan kerana dengan adanya masjid ini, lebih cerahlah matlamat kami untuk menjadikan Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah sebagai sebuah pusat sehenti dakwah, perkongsian ilmu dan pusat komuniti kepada seluruh penduduk Taman Pulai Emas dan sekitarnya, tanpa mengira latar belakang mereka.


Dan untuk merealisasikan matlamat ini, Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah akan dilengkapi dengan berbagai kemudahan komuniti seperti berikut:

  • Dewan serbaguna
  • Bilik mesyuarat
  • Bilik pengurusan jenazah
  • Kuarters imam dan bilal
  • Naik taraf ruang solat lelaki dan wanita

GAMBAR FLOOR PLAN MASJID

DANA PEMBANGUNAN MASJID AR-RAUDHAH AS-SAKINAH

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

 

Syukur kepada Allah سبحانه و تعالى kerana hasrat untuk membina sebuah masjid sebagai keperluan umat Islam di Taman Pulai Emas khususnya, dan penduduk Kangkar Pulai, Kulai umumnya, telah dikabulkan olehNya. Ia dapat dilihat dengan perjalanan pengumpulan dana Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah yang sudahpun menampakkan progresnya.

 Namun, untuk menyediakan tempat solat yang selesa kepada para jemaah, kami memerlukan dana yang tinggi, iaitu sebanyak RM6 juta. Allahu.. Tidak daya kami untuk mendapatkan dana setinggi itu hanya dengan usaha kami sendiri.

Justeru itu, kami memohon keprihatinan saudara seiman untuk bersama-sama membantu pembiayaan membina Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah ini. Sehingga hari ini, kami telah berjaya mengumpul sebanyak RM741,822.30, tetapi kami masih memerlukan RM5.2 juta lagi untuk meneruskan pembinaan Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah ini. Kerana, kami telah mensasarkan pembinaan untuk siap pada tahun 2022

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلاَنِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

 

Surah Al-Baqarah 2:274

AJK & Pengerusi Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah

MEREKA MENYIMPAN 1001 HARAPAN

Sesungguhnya kami hanya mampu berbuat sehabis baik untuk penduduk Taman Pulai Emas. Mungkin Allah memberi kami dugaan kewangan ini untuk membuka jalan pahala kepada anda. Kerana sesungguhnya Allah lah sebaik-baik pemberi pahala. Marilah bersama-sama kami untuk membangun Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah sebagai pelaburan akhirat dan pelepas duka cita anda.

BANTULAH PEMBINAAN MASJID AR-RAUDHAH AS-SAKINAH

MASJID AR-RAUDHAH AS-SAKINAH
551306539838

Sumbangan Pembinaan Masjid

RM30.00RM30,000.00

Clear
SKU: N/A Category:

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Jika seseorang Muslim meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh / solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.

– Hadis riwayat Muslim

AYUH BERWAQAF DEMI PELABURAN AKHIRAT KITA SAMA-SAMA

MASJID AR-RAUDHAH AS-SAKINAH
5513 0653 9838

Alamat

Jalan PE 2/11
Taman Pulai Emas
81110 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Telefon:

📱 Ustaz Katiman  | 019-759 5388
📱 Tn. Hj. Masiran | 013-745 5000
📱 En. Roslan         | 019-727 2000

SOCIAL MEDIA

Hubungi Kami

Copyright 2022 © Masjid Taman Pulai Emas | Powered by Kaya N Kaya VIral