Syukur kepada Allah سبحانه و تعالى kerana hasrat untuk membina sebuah masjid sebagai keperluan umat Islam di Taman Pulai Emas khususnya, dan penduduk Kangkar Pulai, Kulai umumnya, telah dikabulkan olehNya. Ia dapat dilihat dengan perjalanan pengumpulan dana Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah yang sudahpun menampakkan progresnya.
Namun, untuk menyediakan tempat solat yang selesa kepada para jemaah, kami memerlukan dana yang tinggi, iaitu sebanyak RM11,350,000 Juta. Allahu.. Tidak daya kami untuk mendapatkan dana setinggi itu hanya dengan usaha kami sendiri.
Justeru itu, kami memohon keprihatinan saudara seiman untuk bersama-sama membantu pembiayaan membina Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah ini. Sehingga hari ini, kami telah berjaya mengumpul sebanyak RM6.7 Juta, tetapi kami masih memerlukan RM11.3 juta lagi untuk meneruskan pembinaan Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah ini. Kerana, kami telah mensasarkan pembinaan untuk siap pada tahun 2022